Persatuan Jurulatih Kesejahteraan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Association of Wellness Trainer (MAWT) ditubuhkan pada Januari 2019 bertujuan untuk mengumpul seluruh jurulatih kecantikan dan kesejahteraan yang ada di Malaysia dalam usaha mengawal selia tahap kelayakan dan kecekapan (kompiten) setiap jurulatih tersebut. keahlian MAWT terdiri daripada pensyarah atau tenaga pengajar institusi kemahiran, jurulatih industri dan juga pemain industri. Bermula dengan hanya 20 orang ahli dari seluruh Malaysia, kini MAWT telah pun berjaya mengumpulkan seramai lebih dari 200 orang ahli secara langsung atau ahli bersekutu.
Pada 25 November 2022, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) secara rasminya telah mengiktiraf dan mengangkat MAWT sebagai Rakan Strategik MOTAC.
Perbagai program dan aktiviti yang berkaitan kejurulatihan kecantikan dan kesejahteraan telah dirancang dan dilaksanakan oleh MAWT dalam membantu merancakkan lagi industri kesejahteraan di Malaysia ini.